Terlalu asyik main telefon, isteri Ifan Seventeen terlupa bayar harga makanan

Gara-gara sibuk main telefon dan membuat rakaman video, isteri Ifan Seventeen iaitu Citra Monica terlupa untuk membayar makanannya di sebuah restoran.

Dia dan Ifan yang makan di sebuah restoran di Banyuwangi, Jawa Timur, Indonesia berlalu pergi selepas menikmati makan tengah hari mereka.

Disebabkan perkara itu, wanita berkenaan mendapat mesej peribadi di media sosial daripada seorang pekerja restoran yang bertanyakan sama ada dia sudah membayar makanan tersebut.

Citra pun membalas mesej tersebut dengan perasaan bersalah dan meminta maaf serta meminta nombor akaun restoran berkenaan untuk membuat bayaran.

“Ya ampun, minta maaf ya, nanti saya buat pindahan saja ya. Saya minta nombor akaun ya. Terlalu asyik membuat rakaman sampai jadi lupa,” ujarnya.

Ifan turut menunjukkan resit dengan harga Rp 400 (RM116) daripada pihak restoran yang dikirim melalui mesej peribadi di Instagram isterinya.

Ifan kelihatan santai menangani perkara itu dan hanya tertawa memikirkan kejadian tersebut.

“Keenakan makan lupa bayar,” tulis Ifan. – Agensi

Gara-gara sibuk main telefon dan membuat rakaman video, isteri Ifan Seventeen iaitu Citra Monica terlupa untuk membayar makanannya di sebuah restoran. – Agensi