Terminal Feri Kukup jadi pilihan

PONTIAN, 13 Jun – Pulang ke kampung halaman menjelang perayaan Aidilfitri pastinya menjadi kemestian dan dinanti-nanti golongan perantau, lebih-lebih lagi bagi mereka yang telah sekian lama mencari rezeki di bumi Malaysia.

Susulan itu, maka tidak hairanlah jika terdapat beberapa tempat terminal feri di negeri ini akan menjadi sesak ekoran warga Indonesia yang berpusu-pusu mahu pulang ke kampung halaman mereka dengan menaiki feri. Salah satu terminal yang mulai sibuk ialah Terminal Feri Antarabangsa Kukup di sini kerana menyediakan perkhidmatan feri ke Kepulauan Riau.

Menurut seorang daripada penggunanya, Ihlasiya Junaidi, 37, dia anggup beratur seawal jam 7 pagi bagi memastikannya memperoleh tiket untuk pulang beraya di Tanjung Balai, Indonesia.

Katanya, dia yang telah berhijrah Tanjung Piai dekat sini sejak 34 tahun yang lalu, juga merupakan seorang pemegang taraf penduduk tetap (PR) Malaysia. – Bernama