Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Terminal feri ro-ro Labuan kembali sesak sempena Aidiladha

    LABUAN, 5 JULAI – Terminal feri ro-ro Labuan akan kembali sibuk menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha pada Ahad (10 Julai).

    Dijangka ribuan rakyat Sabah akan kembali ke kampung halaman mereka untuk meraikan Aidiladha bersama keluarga (menggunakan kenderaan sendiri) bermula 7 Julai.

    Syarikat pengurusan tiket untuk empat feri berkata tiket (bagi kenderaan) dari Labuan ke Menumbok bermula 7 hingga 9 Julai telah habis dijual sejak bulan lepas.

    Pengurus Labuan Point Enterprise Sdn Bhd Robert Ling Song Shieng, syarikat pengurusan tiket feri bagi Kimanis 1, Purajaya 1 dan Goodwill Star mengesahkan tiket ke Menumbok telah habis dijual sejak awal Jun.

    “Kami telah menjangkakan jumlah penumpang yang tinggi kerana kebanyakan mereka yang bekerja di Labuan akan pulang ke Sabah untuk meraikan cuti Hari Raya Korban. 

    “Tiket telah habis dijual sejak satu bulan yang lepas melalui pembelian secara dalam talian dan penjualan di kaunter,” katanya. – Bernama

    Feri dan terminal ro-ro Labuan berkemungkinan akan sibuk pada hari-hari menjelang Hari Raya Aidilfitri. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...