Termometer pecah di makmal, tiga pelajar cedera

SANDAKAN, 11 Julai – Kejadian termometer pecah di dalam makmal Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura di sini, hari ini menyebabkan tiga pelajar berusia 14 tahun menerima rawatan di hospital.

Menurut kenyataan Pasukan Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, mereka melibatkan dua pelajar perempuan dan seorang lelaki.

Enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan digegaskan ke sekolah tersebut selepas menerima panggilan kecemasan pada 3:04 petang, demikian menurut kenyataan itu.

Pasukan bomba bertindak membersihkan sisa merkuri dengan menggunakan serbuk sulfur sebelum dimasukkan ke beg pelupusan. – Bernama