Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MAC – Beberapa lokasi akan dipasangkan dengan unit kamera CCTV bagi memantau dan membanteras aktiviti pembuangan sampah.
Selain itu, pihak Kementerian Pembangunan juga meneroka teknologi moden dan diharap dapat dilaksanakan yang mana antaranya, projek pembersihan Sungai Brunei menggunakan bot yang berkeupayaan tinggi moden serta berteknologi tinggi yang mana masih lagi dalam penelitian pada masa ini.
Perkara itu dikongsikan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir Haji Suhaimi bin Haji Gafar semasa sesi mesyuarat hari kelima Majlis Mesyuarat Negara (MMN) ke-18 di Dewan Majlis, hari ini.
Terdahulu, Yang Berhormat Dato menyambut baik dan akan mengusahakan cadangan yang diusulkan oleh Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji Ash’ari mengenai dengan pengumpulan sampah kitar semula di kawasan perumahan dan juga sektor kerajaan.
Sementara itu, Yang Berhormat Dato bagi mempertingkatkan kadar kitar semula di negara ini, pihak kementerian melalui JASTRe akan meneroka kaedah yang difikirkan sesuai dengan sistem pengurusan sampah di negara ini.
Beliau turut mengongsikan beberapa usaha dan inisiatif telah dilaksanakan dengan penyediaan fasilitet dan sistem pengurusan sampah bagi kegunaan orang ramai mencukupi selain itu, program kesedaran awam dan pembelajaran di sekolah bagi peringkat kanak-kanak akan sentiasa dilaksanakan dan dipantau keberkesanannya.