Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Teroka keindahan Tasek Merimbun

    TUTONG, 16 Mac – Seramai 60 orang murid Tahun 3 hingga Tahun 6 dan 10 orang guru dari Sekolah Antarabangsa Bright Jigsaw, Kampung Salambigar, hari ini, telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Taman Warisan Tasek Merimbun, di sini.

    Pada lawatan tersebut ahli-ahli rombongan telah dibawa bagi menyaksikan pameran di Galleria Balai Purun untuk melihat secara lebih dekat haiwan-haiwan yang terdapat di sekitar tasik berkenaan melalui sampel-sampel yang sudah diawet dan mengenal pasti spesies-spesies tumbuhan seperti pokok gaharu.

    Rombongan lawatan juga diberikan penerangan mengenai flora dan fauna serta sejarah alam sekitar di Tasek Merimbun yang disampaikan oleh Pegawai Taman Tasek Merimbun, Dayang Amela.

    Rombongan Sekolah Antarabangsa Bright Jigsaw bergambar ramai bersama para kakitangan Taman Warisan Tasek Merimbun.
    Rombongan Sekolah Antarabangsa Bright Jigsaw bergambar ramai bersama para kakitangan Taman Warisan Tasek Merimbun.

    Ahli-ahli rombongan juga berkesempatan dibawa berjalan merentasi Denai Banunih selama 15 minit dan melawat ke Taman Kulimambang.

    Lawatan berkenaan diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan menambah pengetahuan yang berguna kepada murid-murid, di samping dapat mengenal pasti spesies tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang ada di sana.

    Selain itu, ia juga untuk memberi kesedaran dalam menghargai dan mencintai alam sekitar.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda