Teroka teknologi digital pasar produk pelancongan

LANGKAWI, 1 Feb – Pemain industri pelancongan di pulau peranginan ini perlu memahirkan diri serta meneroka teknologi digital untuk memasarkan produk pelancongan seterusnya dapat membuka peluang baharu untuk merancakkan ekonomi.

Presiden Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (MITA) Uzaidi Udanis berkata kaedah pemasaran industri pelancongan semakin berubah termasuk tempahan yang kini boleh dibuat secara dalam talian tanpa menerusi agensi pelancongan.

Katanya pemain industri tidak lagi boleh menggangap internet sebagai pengacau sebaliknya perlu segera dikuasai untuk memasarkan produk pelancongan Langkawi menerusi teknologi tanpa sempadan itu.

“Mengambil kira faktor tersebut MITA bersama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) mengambi inisiatif menganjurkan ‘Inbound Tourism Bootcamp’ (ITB) melibatkan 48 peserta mewakili agensi pelancongan dan produk operator. – Bernama

Uzaidi Udanis (tengah) bergambar bersama peserta ‘Inbound Tourism Bootcamp’ (ITB) membabitkan 48 mewakili agensi pelancongan dan produk operator, kelmarin. – Bernama