Terokai keindahan alam semesta

Oleh Ak Zaki Kasharan

TUTONG, 16 SEPT – Bersempena dengan cuti persekolahan, sebuah rumah persinggahan di Daerah Tutong yang dikenali sebagai Homestay

Alai Gayoh Anak Pulau (HAGAP) baru-baru ini memberi peluang kepada lebih 15 orang kanak-kanak yang menginap di rumah persinggahan tersebut untuk meneroka keindahan alam semesta dengan melihat kerlipan bintang dari kawasan berkenaan.

Aktiviti yang diadakan dengan kerjasama ahli-ahli Persatuan Astronomi Brunei Darussalam (PABD) tersebut berlangsung semalam sehinggalah sehingga matahari terbit.

Ia merupakan peluang terbaik untuk mendidik dan mendedahkan kepada kanak-kanak akan keindahan alam semesta.

Penglihatan bintang juga menawarkan kanak-kanak peluang untuk melihat secara lebih dekat sistem suria seperti bulan, planet Marikh dan bintang.

Sebahagian daripada kanak-kanak yang berpeluang menyertai aktiviti tersebut.