Thursday, June 8, 2023
27.2 C
Brunei

    -

    Terokai keindahan Con Dao

    VIETNAM – Terpencil dari tanah besar, pulau Con Dao adalah salah satu tempat terbaik untuk dikunjungi di Vietnam. Lama digunakan sebagai penjara terutamanya untuk tahanan politik dan pejuang penentangan sebelum tahun 1975, namun tempat ini kini diiktiraf kerana keindahan alam semula jadinya yang tidak tercemar.

    Terletak di luar wilayah selatan pantai Ba Ria Vung Tau, dan 230 kilometer dari Ho Chi Minh City, Con Dao terdiri daripada 16 pulau dan pulau kecil.

    Selain mendaki, menyelam dan melihat hidupan liar, pelancong boleh meneroka terumbu karang, atau melawat ke bekas penjara Con Dao tempat penjajah Perancis dan kemudiannya rejim Sai Gon memenjarakan revolusioner Vietnam dan pasukan pembangkang.

    Musim hujan di Con Dao berlangsung dari Mei hingga Oktober, dan musim kemarau berlangsung dari November hingga April pada tahun berikutnya. Pengunjung boleh mendaki pada musim kemarau, apabila cuaca sederhana dan panas.

    Cuaca pada musim hujan agak sejuk berikutan kekerapan penurunan hujan. Ini adalah masa yang sesuai untuk pelawat menikmati laut biru, dan melihat penyu datang ke darat untuk bertelur.

    Pemandangan dari udara Taman Negara Con Dao. – ANN/VNS
    Keindahan air yang jernih di Con Dao. – ANN/VNS

    Pantai Dam Trau ialah tarikan yang mesti dilihat oleh sesiapa sahaja yang mengunjungi Con Dao. Tempat ini telah dipilih sebagai salah satu daripada 25 pantai tercantik di dunia dengan air jernih dan terumbu karang yang berwarna-warni.

    Sementara itu, Pantai Nhat, Pulau Bay Canh, Cape Ca Map (Jerung), dan taman negara Con Dao membolehkan awda bersama alam semula jadi, memerhati haiwan yang jarang ditemui dan menyaksikan matahari terbenam yang indah.

    Jika awda ingin melihat matahari terbit di atas laut, Cape Chim Chim dan Pier 914 di tengah bandar adalah tapak yang sesuai. Walaupun ia kelihatan seperti syurga di bumi, Con Son, pulau terbesar di nusantara, pernah hidup dalam kesengsaraan bagi sepuluh ribu tahanan di bawah pemerintahan kolonial Perancis dan rejim Sai Gòon yang disokong Amerika Syarikat.

    Sistem penjara di Con Son telah wujud selama 113 tahun sehingga pembebasan Vietnam Selatan sepenuhnya pada 30 April 1975.

    Semasa pemerintahan Perancis ia terutamanya menahan revolusioner dan kuasa patriotik lain yang berjuang menentang penjajahan, dan kemudiannya digunakan oleh pentadbiran Sai Gon.

    Lebih 20,000 orang mati di pulau ini semasa kewujudan penjara selama seratus tahun.

    Kini, penjara dan muzium Con Dao dipulihkan sebagai tempat untuk menghidupkan kenangan orang Vietnam yang berjuang untuk kebebasan dan kemerdekaan negara.

    Tanah perkuburan Hang Duong, kubur bagi pejuang Vo Thi Sau dan ramai askar yang tidak dikenali, adalah daripada 10 yang dilawati oleh ramai pelancong. – ANN/VNS

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia haram simbol Nazi

    SYDNEY, 8 JUN - Australia pada hari Khamis mengumumkan ia akan melarang pameran awam simbol Nazi, ketika negara itu bergumul dengan kumpulan kecil ekstremis...
    - Advertisment -