Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Terokai keindahan tarikan di Sabah

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 NOV – Seramai 10 orang pengamal media dan agensi pelancongan tempatan berpeluang menerokai keindahan tarikan negara jiran menerusi lawatan pengenalan yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia Brunei Darussalam dengan kerjasama Sabah Tourism Board bermula hari ini.

    Lawatan selama empat hari tiga malam itu akan membawa rombongan ke Kota Kinabalu, Sabah termasuk Kudat dan Kota Belud.

    Perjalanan berkenaan telah diketuai oleh Pemangku Pengarah Tourism Malaysia Brunei Darussalam, Dayang Latifah binti Dato Haji Ismail bersama seorang pegawai dari Tourism Malaysia Brunei Darussalam.

    Lawatan akan memperkenalkan kepada penginapan-penginapan istimewa seperti Hyatt Centric, Kota Kinabalu dan The Pacific Sutera Hotel, Kota Kinabalu.

    Dalam pada itu, rombongan akan berpeluang merasai pengalaman tempat-tempat unik seperti Rumah Terbalik di Kudat dan beberapa tempat pelancongan berasaskan komuniti setempat antaranya Pulau Polumpung dan Nahandang.

    Menerusi lawatan tersebut, ia bukan hanya mampu memberi pengalaman terbaik bahkan juga jalinan persahabatan antara dua buah negara.

    Ia diharap mampu menarik orang ramai untuk membuat perancangan sebagai sebuah destinasi percutian terutamanya pada hujung tahun ini.

    Dayang Latifah bersama seorang pegawai Tourism Malaysia Brunei Darussalam berserta pengamal media dan agensi pelancongan bergambar ramai di Hotel Antarabangsa Rizqun sebelum berlepas.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...