Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Terokai Kelebihan Buah Sukun

    Oleh Nurdiyanah R.

    Adakah awda pernah melihat pokok sukun? Sebut saja buah sukun, pasti terbayang keenakannya digoreng bersalut tepung malah lebih enak jika dicecah bersama sambal kicap atau pun susu manis pekat. Namun, di sebalik keenakan rasanya tersimpan pelbagai manfaat yang jarang diketahui ramai terutamanya golongan muda.

    Sukun atau nama saintifiknya Artocarpus Altilis adalah sejenis pohon yang memiliki buah di mana ia dipercayai berasal dari Pasifik selatan dan kini banyak ditemui di seluruh kawasan tropika. Isi buah sukun memiliki tekstur yang empuk sehingga di Eropah buah ini disebut breadfruit atau buah roti kerana isi buahnya seakan-akan roti apabila sudah dimasak.

    Lazimnya, bagi masyarakat lingkungan nusantara termasuklah negara kita, buah ini pastinya tidak asing lagi terutamanya dalam kalangan golongan dewasa kita bahkan buah ini memang memiliki rasa tersendiri apabila diolah menjadi pelbagai jenis sajian.

    Salah satu hidangan yang paling popular adalah sukun goreng atau sukun rebus. Buah sukun memiliki ciri-ciri yang manis, lembut dan mengenyangkan. Selain itu, sukun juga boleh dijadikan sebagai makanan kudapan kerepek.

    Terokai keistimewaannya

    Keistimewaan sukun bukan hanya terdapat pada keenakan buahnya, malah daun sukun juga dipercayai mempunyai pelbagai manfaat kesihatan.

    Keistimewaan sukun bukan hanya terdapat pada keenakan buahnya, malah daun sukun juga dipercayai mempunyai pelbagai manfaat kesihatan – Gambar hiasan.

    Sukun juga boleh dijadikan sebagai makanan kudapan kerepek. – Gambar hiasan

    Daun sukun dikatakan memiliki khasiat untuk mengurangkan pelbagai penyakit kronik seperti kolesterol tinggi, diabetes, asid urik, penyakit jantung hingga kegagalan ginjal. Ini kerana kandungan yang ada dalam daun sukun antaranya polifenol, sebatian asid hidrosionat, zat tanin, quercetin serta artoindosionin. Quercetin dan artoindosionin adalah sebatian yang berasal daripada flavonoid dan antioksidan yang sering digunakan sebagai ubat.

    Antara khasiat daun sukun termasuklah bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan ginjal, daun sukun dapat dimanfaatkan sebagai suplemen bagi ginjal. Caranya cukup mudah, ambil daun sukun secukupnya sebelum ia dibersihkan. Kemudian, rebus daun sukun dengan air hingga mendidih. Minum ramuan daun sukun itu satu gelas sehari secara rutin untuk menjaga ginjal agar tetap sihat dan berfungsi dengan maksimum.

    Di samping itu, sekiranya awda menderita penyakit jantung, mungkin daun sukun boleh menjadi salah satu penyelesaiannya. Kandungan nutrisi yang terdapat dalam daun sukun dipercayai mampu menjaga kesihatan jantung serta pembuluh darah.

    Caranya, sediakan satu lembar daun sukun yang sudah tua dan baru saja dipetik dari pohonnya. Cuci daun itu hingga bersih sebelum dijemur hingga kering. Setelah kering, rebus daun sukun itu dengan lima gelas air hingga mendidih dan air rebusan tinggal bersisa setengah. Tambahkan air minum hingga kembali menjadi lima gelas, tapis dan minum ramuan ini secara rutin.

    Selain itu, daun sukun juga sangat berguna dalam menurunkan kadar kolesterol di dalam tubuh badan. Awda hanya perlu bancuh segenggam daun sukun yang sudah dikeringkan. Caranya sama dengan membuat teh dan ramuan itu diminum secara teratur.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...