Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Terokai peluang perniagaan pelbagai bidang

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OKT – Republik Demokratik Rakyat Laos dan Negara Brunei Darussalam akan terus meneroka peluang-peluang untuk meningkatkan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang.

    Bidang yang diterokai itu termasuk perdagangan dan pelaburan yang dihasratkan untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi serta memberikan manfaat kepada kedua-dua buah negara.

    “Hubungan perniagaan kita seharusnya adalah kerjasama menang sama menang bagi kedua-dua buah negara,” kata Presiden Laos, Tuan Yang Terutama Thongloun Sisoulith, dalam ucapannya semasa Forum Pelaburan dan Perniagaan Brunei-Laos yang berlangsung di The Empire Brunei, Jerudong, hari ini.

    Turut hadir ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman selaku Menteri Pengiring, presiden-presiden Dewan Perniagaan dan Industri Kebangsaan Brunei Darussalam (NCCIBD) dan Dewan Perniagaan dan Industri Kebangsaan Laos (LNCCI), ahli-ahli NCCIBD dan LNCCI serta jemputan khas.

    TYT Thongloun Sisoulith menyatakan menjadi harapannya untuk mengalu-alukan lebih ramai pelabur dari Negara Brunei Darussalam untuk melabur di Laos serta berharap komuniti perniagaan kedua-dua buah negara dapat meneroka lebih dalam peluang dan kerjasama perniagaan yang akan merapatkan lagi hubungan antara penduduk kedua-dua negara.

    Pada 2023, Brunei dan Laos akan memperingati Ulang Tahun Penubuhan Hubungan Diplomatik ke-30 dan oleh itu, beliau menyeru ahli-ahli perniagaan daripada kedua-dua buah negara supaya menjalin kerjasama yang dapat dijadikan mercu tanda bagi memperingati hubungan dua hala berkenaan.

    TYT Thongloun Sisoulith menyampaikan ucapan pada forum yang berlangsung di The Empire Brunei, Jerudong, kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...