Sunday, March 23, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terowong bawah tanah ‘unik’ tarik ramai pelancong

    ARINJ, Armenia – Apabila Tosya Gharibyan meminta suaminya untuk menggali ruang bawah tanah di bawah rumah mereka untuk menyimpan kentang, dia tidak mengetahui bahawa terdapatnya jalan yang berselirat bawah tanah, yang terbukti menjadi salah satu tarikan pelancong utama di Armenia.

    Terdapat rumah satu tingkat di perkampungan Arinj di luar ibu kota Yerevan yang mungkin tidak sama seperti sekarang, di mana ia telah menarik ramai pengunjung dari seluruh dunia, datang ke sana selepas apa yang diusahakan oleh mendiang suami yang begitu dicintai Tosya, Levon Arakelyan, selama 23 tahun. Mereka (pelancong) datang ke sana untuk menyaksikan rangkaian gua bawah tanah dan terowong yang berputar-belit yang dikenali sebagai ‘tempat bawah tanah Levon.’

    Dengan keadaan suasana yang sejuk dan menenangkan, Tosya membawa pelancong melalui koridor yang menghubungkan tujuh ruangan yang dihiasi dengan tiang dan perhiasan Romanesque, seperti yang ada di fasad gereja Armenia abad pertengahan.

    “Sebaik sahaja dia mula menggali, ianya mustahil untuk menghentikannya,” katanya mengenai projek itu yang bermula pada tahun 1995. “Saya selalu bertengkar dengannya, tetapi dia seolah-olah taksub dengan rancangannya itu.”

    Seorang pembina latihan, Levon, akan bekerja keras selama 18 jam sehari, hanya berhenti seketika untuk tidur dan kembali semula ke dalam gua, merasa yakin bahawa dia akan menemui sesuatu yang istimewa.

    Terdapat rumah satu tingkat di perkampungan Arinj di luar ibu kota Yerevan yang mungkin tidak sama seperti sekarang, di mana telah menarik ramai pengunjung dari seluruh dunia, datang ke sana selepas apa yang diusahakan oleh mendiang suami yang begitu dicintai Tosya, Levon Arakelyan, selama 23 tahun. Mereka datang ke sana untuk menyaksikan rangkaian gua bawah tanah dan terowong yang berputar-belit yang dikenali sebagai ‘tempat bawah tanah Levon.’ – AFP
    Levon meninggal dunia pada tahun 2008 pada usia 67 tahun akibat serangan jantung selepas memusnahkan dinding terakhirnya yang memisahkan dua terowong. – AFP

    “Dia tidak pernah membuat lakaran dan hanya menggunakan imaginasi dan khayalan sahaja untuk membuat langkah seterusnya,” kata balu itu kepada AFP.

    Lebih dari dua dekad, dia menukul ruangan 280 kaki persegi, 21 meter jauh ke dalam lapisan batu gunung berapi, hanya dengan menggunakan alat tangan.

    “Semasa zaman kanak-kanak saya, saya masih ingat bunyi ayah saya mengetuk kuat, dengan jelas kedengaran pada waktu malam di gua tersebut,” kata anak perempuannya, Araksya, berusia 44 tahun.

    Pada mulanya dia terpaksa memecahkan lapisan permukaan batu igneus yang berwarna gelap, namun pada kedalaman beberapa meter, Levon mula mencapai batu yang lebih lembut dan usahanya itu semakin berkembang luas.

    Dia berjaya mengeluarkan 600 trak penuh yang berisikan batu-batu dan dan tanah, dengan hanya menggunakan baldi.

    Levon kemudian meninggal dunia pada tahun 2008 pada usia 67 tahun akibat serangan jantung selepas memusnahkan dinding terakhirnya yang memisahkan dua terowong.

    Levon akan bekerja keras selama 18 jam sehari, hanya berhenti seketika untuk tidur dan kembali semula ke dalam gua, merasa yakin bahawa dia akan menemui sesuatu yang istimewa. – AFP
    Antara bahagian terowong rangkaian gua bawah tanah yang dikenali sebagai ‘tempat bawah tanah Levon’ di perkampungan Arinj di luar ibu kota Yerevan. – AFP

    Satu dekad dari penyiapan projek itu, Tosya juga menubuhkan sebuah muzium kecil yang memperingati hasil kerja suaminya itu di sebuah perkampungan yang mempunyai penduduk kira-kira 6,000 orang. Kompleks bawah tanah itu mempunyai beberapa analog di dunia.

    Seorang lelaki eksentrik yang bernama William Henry ‘Burro’ Schmidt telah menghabiskan lebih dari tiga dekad untuk menggali terowong setengah batu panjang, untuk mengangkut emas melalui gunung granit di California, memulakan usahanya pada awal tahun 1900an semasa zaman ‘kebanjiran’ emas di negeri itu.

    Di Etiopia, seorang lelaki bernama Aba Defar mula mengukir gereja-gereja di kawasan pergunungan setelah mendakwa mendapat ilham dan mimpi selama bertahun-tahun. Kini, gua Armenia itu yang dipaparkan dalam brosur pelancongan, telah menarik ramai pengunjung ke sana hampir setiap hari.

    Milad, seorang pelancong warga Iran berusia 29 tahun, telah menggelar tempat itu sebagai “tempat yang begitu menakjubkan.”

    Dia berkata dan menyedari bahawa tempat-tempat seperti itu menunjukkan “betapa mampunya seseorang itu, di mana keupayaan rohani dan fizikal seseorang adalah tidak terbatas.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda