Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Terowong beri pengalaman perubahan suhu

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JUN – Minggu Tindakan Iklim sempena Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei (Brunei MYCE) 2022 di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, memberi ilmu berguna untuk diambil perhatian penting yang perlu dilakukan oleh semua pihak.

    Di Pavilion Minggu Tindakan Iklim di ruang legar ICC, salah satu yang menjadi perhatian pengunjung adalah Tunnel of the Inconvenience Truth di mana orang ramai boleh mengalami sendiri perubahan suhu.

    Dayang Susila Faeza binti Haji Othman dari Sekretariat Perubahan Iklim Brunei di Kementerian Pembangunan ketika ditemui mengongsikan mengenai terowong yang direka khas berkenaan di mana orang ramai boleh merasakan pengalaman perubahan iklim daripada suhu sekarang kepada suhu di mana manusia tidak dapat terdedah terlalu lama.

    Beliau menjelaskan, keadaan berkenaan adalah jangkaan apabila ia tidak diambil peduli yang boleh menyebabkan perubahan iklim terjadi.

    Mengongsikan dengan lebih terperinci mengenai terowong yang mempunyai tiga segmen itu, beliau menjelaskan, segmen pertama ia memberi pengalaman suhu pada waktu pagi dengan cuaca yang tidak panas.

    Murid-murid sekolah berkesempatan mengunjungi Tunnel of the Inconvenience Truth di Pavilion Minggu Tindakan Iklim di ruang legar Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas. Terowong itu membolehkan orang ramai merasakan pengalaman perubahan iklim daripada suhu sekarang kepada suhu ekstrem yang sukar diterima tubuh manusia. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Dayang Susila Faeza semasa ditemu bual mengenai Tunnel of the Inconvenience Truth.
    Terowong yang direka khas di Pavilion Minggu Tindakan Iklim memberikan peluang kepada orang ramai merasakan pengalaman perubahan suhu yang ekstrem.

    Pada segmen kedua pula, pengunjung akan mengalami sendiri keadaan suhu cuaca yang dihadapi masa ini seperti berlakunya banjir, tanah susur, kebakaran hutan di mana suhu panas sudah bertambah 1.5 darjah Celsius.

    Untuk segmen ketiga, jelas beliau, pengalaman yang hendak diberikan dan disampaikan kepada orang ramai adalah apa yang akan berlaku jika tiada tindakan awal dilakukan.

    Beliau seterusnya menambah, suhu daripada segmen pertama dari 20 darjah Celsius dan suhu di segmen kedua bertambah 1.5 darjah Celsius seterusnya bertambah lagi 4 darjah Celsius di mana badan manusia tidak dapat terdedah terlalu lama pada segmen ketiga ini.

    “Untuk segmen ketiga terowong ini juga menjangkakan ia akan berlaku pada 2050 ke 2100, jika kita tidak mengambil tindakan awal,” jelasnya.

    Menurut beliau, terowong berkenaan bukan saja memberi kelainan tapi ia secara tidak langsung memberi pengalaman baharu kepada orang ramai seterusnya memberi kesedaran apa akan berlaku jika tindakan tidak dilakukan dengan segera.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...