‘Terowong disinfektan’ lindungi Putin dari virus

MOSCOW, 17 JUN – Pelawat yang ingin bertemu dengan Presiden Rusia Vladimir Putin di kediamannya mesti terlebih dahulu melalui peranti laluan yang menyembur mereka dengan disinfektan, untuk melindungi beliau daripada koronavirus, kata pegawai.

Putin telah mengasingkan diri di kediaman Novo-Ogaryovo di luar Moscow yang dikenakan lockdown walaupun beliau muncul di khalayak ramai tanpa memakai penutup mulut dan hidung pada satu acara di luar semasa cuti Hari Rusia pada 12 Jun. Sebagai sebahagian daripada langkah pencegahan untuk melindungi presiden, pelawat berjalan melalui peranti dan disembur dari atas dan tepi, video yang disiar petang semalam di Twitter oleh wartawan Kremlin dar agensi berita RIA Novosti menunjukkan.

Jurucakap presiden Dmitry Peskov memberitahu wartawan bahawa dua mesin disinfektan juga telah dipasang dalam Kremlin. Pihak berkuasa di rantau Penza di timur Moscow di mana peranti dikeluarkan berkata ia berasa bangga kerana ‘dapat memastikan keselamatan pemimpin negara dan kesemua mereka yang melawatnya.’

Kerajaan serantau Penza berkata kakitangan presiden menghubungi syarikat pengeluaran, yang mengkhusus dalam peralatan pembersihan automatik untuk kegunaan industri.

Peranti itu termasuk teknologi pengecaman wajah dan boleh mengambil suhu badan orang, menurut pengeluar. – AFP