BANDAR MEXICO, 30 Jan – Pihak berkuasa semalam menemui sebuah terowong di bawah bangunan perindustrian di Bandar Mexico yang digali oleh pencuri-pencuri minyak untuk mengalirkan minyak dari saluran paip gasolin dan diesel.
Mexico menemui beribu-ribu pengaliran itu setiap tahun tetapi jarang sekali mereka temukan yang dihubungkan ke terowong atau terletak di kawasan yang ramai penduduk.
Terowong itu dalam dan panjangnya beberapa ela dan mempunyai rangka kayu balak untuk menghalangnya dari runtuh. Terowong itu boleh memasuki ke empat saluran yang mengalirkan minyak ke kawasan tangki minyak dan gas. Kesemuanya mempunyai pengaliran haram ke dalamnya, dengan hos-hos yang dijulurkan keluar ke kawasan tempat letak kereta besar.
Operasi pengaliran haram itu kerap bocor dan terbakar, seperti yang berlaku pada 18 Januari di negeri Hidalgo, utara Bandar Mexico. Kebakaran itu berlaku ketika penduduk sedang menadah minyak yang tumpah. Angka kematian dalam kebakaran itu kini adalah 119; 60 peratus yang tercedera telah meninggal dunia. Sejumlah 30 orang masih dirawat di hospital dengan 10 orang lagi masih dalam keadaan kritikal.
Menambah lagi kesusahan di Pemex, agensi pengadaran Fitch menurunkan kadar kredit syarikat itu satu langkah kepada ‘AA’ dengan gambaran negatif. Penurunan taraf itu adalah disebabkan aliran tunai negatif dan hutangnya yang banyak yang menjadikan syarikat itu tidak mampu membayar hutang walau pun disokong kerajaan. – AP

































