Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Terpaksa bersolek walau di rumah, pakai purdah

    Isteri kepada penyanyi Virgoun, Inara Rusli mendedahkan terpaksa bersolek walaupun ketika berada di rumah dan memakai purdah.

    Kata Inara, dia berbuat demikian kerana pernah ditegur suaminya tentang soal penampilan sehingga menimbulkan rasa kurang yakin pada diri sendiri.

    Katanya lagi, disebabkan sering berdandan, anak perempuannya iaitu Starla menggelarnya sebagai anggota kumpulan Blackpink.

    “Kerana kejadian itu (ditegur Virgoun) saya jadi kurang keyakinan diri. Dia juga bercakap tentang fizikal saya.

    “Walaupun di rumah saya tetap berdandan. Anak saya katakan baju yang dipakai di rumah seperti Blackpink,” katanya.

    Pendedahan itu membuatkan ramai yang mengkritik Virgoun sebagai seorang lelaki yang tidak bersyukur kerana masih mempertikaikan kejelitaan isterinya.

    Dalam satu temu bual lain sebelum ini, Inara memberitahu Virgoun juga pernah mendesak supaya dia tidak lagi memakai purdah.

    Inara bagaimanapun baru-baru ini membuat keputusan untuk tidak lagi mengenakan purdah atas alasan mahu kembali bekerja selepas bergelar janda.

    Virgoun memfailkan cerai terhadap Inara pada 4 Mei lalu selepas dia didakwa bersikap curang. – Agensi

    Inara berdandan di rumah bak Blackpink selepas ditegur Virgoun. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...