Wednesday, December 6, 2023
30 C
Brunei

    -

    Terpaksa pangku anak lebih 3 jam, United Airlines disaman

    LOS ANGELES, 26 Julai – Seorang wanita yang terpaksa memangku anaknya lebih 3 jam ketika dalam penerbangan dari Hawai ke Boston memutuskan untuk menyaman syarikat penerbangan United Airlines, lapor agensi berita China Xinhua.

    Menurut media tempatan Hawai News Now, wanita dikenali Shirley Yamauchi bertugas di Sekolah Menengah Kapolei Hawaii berkata, tindakan saman itu bertujuan melindungi penumpang lain agar tidak menerima layanan sama sebagaimana yang dialaminya.

    “United Airlines memberitahu akan melakukan perubahan dan saya mahu melihatnya. Saya tidak mahu penumpang lain berdepan situasi bahaya,” kata Yamauchi kepada Hawai News Now.

    Menurut peguam, Yamauchi berkata, beliau bersedia menghadapi perbicaraan jika perlu.

    Yamauchi terpaksa memangku anak lelakinya berusia 2 tahun untuk penerbangan yang mengambil masa keseluruhan selama 18 jam dari Hawaii ke Boston, walaupun telah membayar hampir AS$1,000 termasuk tempat duduk anaknya.

    Syarikat penerbangan United Airlines bakal disaman berikutan dengan insiden seorang wanita yang terpaksa memangku anaknya lebih 3 jam ketika dalam penerbangan dari Hawai ke Boston. – AFP
    Syarikat penerbangan United Airlines bakal disaman berikutan dengan insiden seorang wanita yang terpaksa memangku anaknya lebih 3 jam ketika dalam penerbangan dari Hawai ke Boston. – AFP

    Menurutnya, kejadian berlaku pada 29 Jun semasa pesawat mendarat di Houston selepas lima jam perjalanan, seorang penumpang yang baru menaiki pesawat mendakwa tempat duduk anaknya adalah miliknya.

    Yamauchi kemudian mengadu kepada seorang pembantu penerbangan dan memaklumkan tempat duduk anaknya telah dibeli tiga bulan lepas, namun aduan beliau tidak diendahkan dengan alasan penerbangan penuh.

    Lima hari kemudian, United Airlines mengeluarkan permohonan maaf dan akan memberikan ganjaran istimewa untuk penerbangan balik beliau dari Houston ke Hawai.

    Bagaimanapun, beliau merasakan tindakan syarikat penerbangan itu tidak ikhlas.

    Sejak kebelakangan ini, United Airlines sering dilanda kontroversi termasuk insiden pada April yang membabitkan seorang penumpang diseret keluar dari pesawat kerana lebihan tempahan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China jadi contoh dunia bagi hak asasi manusia

    BEIJING, 5 DIS – China kelmarin menganjurkan seminar sempena ulang tahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Dunia di Beijing yang disertai lebih 70 peserta...