Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Terpaling Juara rekod 8 juta penonton

    Musim pertama program realiti mempertaruhkan bintang ‘otai’ dan bakat baharu, Terpaling Juara terbitan TV3 yang melabuhkan tirai pada 9 Oktober lalu, merekodkan lapan juta penonton sepanjang disiarkan lapan minggu.

    TV3 dalam kenyataan menyebut, berdasarkan sumber Nielsen, Terpaling Juara menjadi antara kandungan pilihan hujung minggu penonton sejak mula ditayangkan pada 21 Ogos lalu.

    Episod akhir pada 9 Oktober lalu yang menyaksikan kehadiran penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai juri dan membuat persembahan secara langsung, menambah tarikan penonton program realiti itu.

    Siti mendendangkan medley Wajah Kekasih, Ku Milikmu dan Balqis.

    Pada program itu, Floor 88 tampil dalam persembahan selingan atau interlude.

    Selepas lapan minggu berentap, Terpaling Juara mengangkat Rahmad (kanan) iaitu anak didik ‘Kapten’ Hael sebagai juara dengan membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM100,000. – Agensi

    Selepas lapan minggu berentap, Terpaling Juara mengangkat Rahmad Mega iaitu anak didik ‘Kapten’ Hael Husaini sebagai juara dengan membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM100,000.

    Tempat kedua dimenangi Aqmal iaitu anak didik ‘Kapten’ Naim Daniel yang menerima trofi dan wang tunai RM50,000 manakala bintang ‘senior’, Hazami iaitu anak didik ‘Kapten’ Akim menduduki tempat ketiga.

    Hazami menerima trofi dan wang tunai RM30,000. Bakat baharu, Shaz yang juga anak didik ‘Kapten’ Hael muncul pemenang keempat dan menerima trofi serta hadiah wang tunai RM10,000.

    Pentas akhir Terpaling Juara disiarkan secara langsung pada 9 Oktober lalu, mulai jam 8:55 malam hingga 11 malam di TV3 dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my.

    Pentas akhir menyaksikan empat finalis iaitu Aqmal, Hazami, Rahmad Mega dan Shaz mempertaruhkan dua lagu iaitu lagu solo dan lagu duet dengan kapten masing-masing.

    Sepanjang kolaborasi dengan tiga ‘kapten’ yang juga penyanyi, penggubah lagu dan penulis lirik pernah meraih trofi Juara Lagu, enam peserta ‘senior’ dan ‘junior’ menghiburkan penonton dalam persembahan mingguan. Dua penyingkiran dilakukan sebelum Rahmad Mega, Aqmal, Hazami dan Shaz beraksi di pentas akhir. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...