Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Terperangkap gara-gara cuba rompak bank

    ROM, 12 OGOS – Seorang lelaki warga Itali terpaksa diselamatkan selepas terperangkap dalam terowong yang runtuh berdekatan Vatican, disyaki terdiri daripada anggota geng yang mengorek terowong menuju ke sebuah bank dengan tujuan merompaknya.

    Anggota bomba menghabiskan lapan jam menggali dari bawah sebatang jalan di barat Rom, sebelum dia berjaya dibebaskan pada petang semalam dan dibawa ke hospital.

    “Dua orang dari Naples ditahan kerana melawan seorang pegawai awam dan dua, dari Rom, atas kerosakan kepada harta awam, beritahu jurucakap polis kepada AFP.

    Lelaki yang diselamatkan, salah seorang daripada dua warga Rom, masih berada di hospital, katanya tanpa memberikan keadaannya.

    “Kami masih menyiasat, kami tidak menidakkan kemungkinan mereka adalah pencuri, ia adalah salah satu teori.”

    Bagaimanapun, dalam akhbar Itali, motif adalah jelas, mendapati terowong ditemui berhampiran sebuah bank sebelum hujung minggu panjang pada 15 Ogos, apabila penduduk keluar membeli-belah di bandar.

    “Geng lubang,” menurut tajuk berita akhbar Corriere della Sera, sementara La Stampa berbunyi: Mereka menggali sebuah terowong untuk merompak bank, dan salah seorangnya tertimbus di bawah tanah.”

    Seorang wartawan AFP di tempat kejadian melihat seorang lelaki dibawa keluar di atas pengusung, selepas operasi seharian yang membabitkan puluhan pekerja perkhidmatan kecemasan menggunakan penggali mekanikal. – AFP

    Gambar serahan Pasukan Bomba Itali menunjukkan anggota menyelamat semasa operasi untuk menyelamatkan seorang pencuri yang tertimbus di bawah runtuhan selama lapan jam. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...