Terry ‘berjinak-jinak’ jadi jurulatih

LONDON, 11 Okt – Bekas kapten pasukan England, John Terry (gambar bawah) mengorak langkah pertamanya dalam kejurulatihan semalam apabila dilantik sebagai pembantu kanan kepada bos Aston Villa, Dean Smith.

Kelab Inggeris itu juga melantik Jesus Garcia Pitarch sebagai pengarah sukan ketika bekas juara Eropah itu menggantikan Steve Bruce yang dipecat minggu lalu.

Terry, 37, yang menghabiskan masa kerjayanya bersama Chelsea, menjadi kapten pasukan Aston Villa musim lalu.

Menghimpunkan kap 78 kali bersama England, pemain pertahanan itu baru-baru ini menolak peluang untuk beraksi bersama Spartak Moscow, yang berkata perpindahan ke Moscow itu tidak tepat bagi keluarganya.

Perlawanan terakhirnya sebagai professional adalah kekalahan 1-0 dalam playoff Championship bersama Villa menentang Fulham pada Mei lalu, kekalahan yang menafikan Villa untuk kembali ke Liga Perdana.

Tetapi kerjayanya bersama kelab itu adalah paling menarik ketika keberadaannya di Chelsea di mana dia memenangi Liga Perdana, lima Piala FA, begitu juga dengan Liga Juara-Juara dan Liga Europa, walaupun tidak beraksi dalam dua perlawanan Eropah terakhir.

Smith menyertai kelab itu dari Brentford yang hanya satu anak tangga dari persaingan merebut playoff sementara Villa berada di pertengahan carta.

“Tiga pelantikan itu mewakili era baharu dan arah tuju di Aston Villa dan kami gembira mendapatkan perkhidmatan mereka selepas pencarian yang menyeluruh,” kata ketua eksekutif Villa, Christian Purslow.

“Dean mempunyai falsafah kejurulatihan yang jelas dan berjaya serta memahami Kelab Bola Sepak Aston Villa. Dia mengakui mengenai Championship itu.”

“John adalah salah seorang pemain yang berbakat dalam bola sepak Inggeris, memiliki tarikan bersama kelab dan bersedia untuk mengorak langkah seterusnya dalam kerjayanya bertugas di samping Dean.” – AFP