Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Tersalah identiti, tukang masak duduk penjara lima hari

    COCONUT CREEK, 27 JAN – Seorang tukang masak dari Selatan Florida berkata dia mengalami mimpi ngeri baru-baru ini apabila polis menyangka dia seorang banduan pelarian kerana mempunyai nama dan rupa yang sama serta tarikh lahir hampir sama.

    Leonardo Silva Oliveira, 26, dikehendaki kerana melanggar tempoh percubaan atas tuduhan di Boca Raton. Namun pada 20 Januari, pihak berkuasa menahan Leonardo Silva Oliveira, juga berusia 26 tahun, di luar restoran Broward County tempatnya bekerja, menurut laporan South Florida SunSentinel.

    Oliveira, tukang masak, menghabiskan lima hari di Penjara Broward County. Dia berkata pihak berkuasa sepatutnya mengetahui bahawa dia bukan seorang banduan pelarian kerana dia 10 hari lebih muda dan tidak mempunyai tatu. Laporan polis menyatakan Oliveira, banduan dikehendaki, mempunyai tatu di lengan kiri dan jam tangan di lengan kanan.

    “Mereka memeriksa lengan saya dan tidak menjumpai tatu. Tetapi mereka masih menahan saya,” kata Oliveira, tukang masak, kepada akhbar.

    Dia kekal berada dalam penjara sehingga Selasa, apabila pihak berkuasa akhirnya menyedari melakukan kesilapan.

    Laporan penahanan Jabatan Polis Coconut Creek berkata tukang masak itu dikenal pasti melalui pangkalan data maklumat pemandu dan kenderaan Florida meskipun tarikh lahirnya berbeza daripada banduan tersebut.

    Pihak berkuasa Palm Beach County meminta bantuan untuk mengenal pasti tukang masak itu sebagai pelarian, menurut jurucakap polis, Sjn Scotty Leamon memberitahu akhbar.

    Apabila dia ditahan di luar restoran Deerfield Beach tempatnya bekerja, itu adalah kali pertama dia ‘melanggar undang-undang’.- AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...