CHICAGO, 16 MEI – Seekor kucing Chicago dipercayai mempunyai lapan nyawa selepas melompat keluar dari tingkap pangsapuri tingkat kelima untuk melepaskan diri daripada kebakaran baru-baru ini tanpa mengalami kecederaan.
Kakitangan Jabatan Bomba Chicago merakam video bahagian luar bangunan ketika anggota bomba memadamkan kebakaran apabila seekor kucing hitam muncul menerusi asap tebal yang keluar dari sebuah tingkap pecah. Kucing itu kelihatan menguji tepi bangunan dengan tangan depan, dan seterusnya melompat.
Orang ramai menahan nafas ketika kucing itu terjatuh. Namun ia terlepas dinding tatkala ia meluru jatuh dan sebaliknya mendarat di atas empat kaki di atas rumput, di mana ia melantun sekali dan berlari dari tempat itu.
“Ia bersembunyi di bawah kereta saya sehingga ia rasa lebih baik selepas beberapa minit dan keluar dan seterusnya cuba memanjat dinding untuk masuk semula,” kata jurucakap jabatan bomba Larry Langford. – AP