Sunday, February 16, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tersingkir akibat doping

    TOKYO, 24 Mei – Bekas juara sukan renang dunia Junya Koga telah disingkirkan daripada skuad Jepun untuk menyertai Sukan Asia musim panas ini setelah didapati gagal ujian dadah, menurut para pegawai semalam.

    Atlet berusia 30 tahun itu, yang menjuarai gelaran dunia dalam acara kuak lentang 100 meter pada 2009, telah didapati positif akibat pengambilan bahan pembinaan otot yang diharamkan, menurut Persekutuan Renang Jepun (JSF).

    Koga menafikan mengambil bahan itu secara sengaja tetapi mengakui mengambil suplemen diet yang boleh dipersalahkan. Dia kini berhadapan dengan penggantungan maksimum selama empat tahun.

    “Saya berasa malu, teruk dan kecewa,” kata atlet renang itu semasa satu sidang media.

    “Saya tidak dapat mempercayainya, saya terkejut dan berfikir ia sebagai satu kesilapan,” tambah Koga, setelah gagal menjalani ujian yang dijalankan oleh Agensi Anti Doping Dunia (WADA) Mac lalu.

    “Saya tidak tahu sekiranya ia benar-benar berlaku atau hanya satu mimpi. Saya tidak pernah mengambil bahan itu dengan sengaja tetapi saya bertanggungjawab untuk membuktikannya. Saya benar-benar memohon maaf kepada mereka yang menyokong saya.”

    Dokumen-dokumen yang disediakan oleh JSF menyatakan bahawa Koga telah mengembalikan bahan modulator reseptor androgen LGD-4033 dan SARM S-22 ketika ujian di luar persaingan di Tokyo.

    Koga telah meminta WADA untuk menjalankan satu pendengaran bagi membolehkannya menjelaskan keadaan yang berlaku di sekelilingnya.

    Koga, yang pernah memenangi pingat perak dalam acara kuak lentang 50 meter tahun lalu semasa kejohanan dunia di Budapest, telah menjuarai pingat emas dalam tiga kejohanan semasa Sukan Asia di Doha pada 2006. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda