Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Tertekan pedal minyak, rempuh restoran

    MELAKA, 6 MEI – Enam pelanggan termasuk seorang kanak-kanak berusia setahun yang sedang menikmati hidangan di sebuah restoran tom yam di Jalan Hang Li Po, Bukit Baru di sini berdepan detik cemas apabila sebuah kereta merempuh masuk restoran tersebut semalam.

    Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata kejadian 7:15 malam itu berpunca apabila kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu warga emas lelaki berusia 66 tahun, tertekan pedal minyak lalu merempuh masuk ke dalam restoran tersebut.

    “Siasatan mendapati pemandu tersebut baru selesai makan di restoran itu dan hendak menghidupkan kenderaan yang diletakkan di ruang parkir di hadapan restoran berkenaan.

    “Bagaimanapun pemandu tersebut tertekan pedal minyak dan menyebabkan keretanya terus merempuh masuk ke dalam restoran lalu melanggar tembok dinding dan beberapa meja makan batu di dalam restoran tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Katanya insiden itu menyebabkan enam pelanggan berusia setahun hingga 56 tahun yang berasal dari Melaka, Johor dan Pulau Pinang mengalami kecederaan ringan dan dirawat di Zon Hijau Hospital Melaka manakala pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...