Sunday, February 16, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tertuduh mengaku bersalah

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 April – Seorang lelaki yang menghadapi tuduhan pecah masuk rumah, mengaku bersalah di Mahkamah Perantaraan, hari ini.

    Muhammad Abdul Rahman bin Abdul Rahim, 30, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Tumasek dengan memanjat pinggir tingkap tingkat bawah rumah sebelum memecah masuk melalui tingkap gelongsor di tingkat atas.

    Perbuatannya itu, bagaimanapun, dilihat oleh seorang pembantu rumah jiran sebelah, yang terus memaklumkannya kepada majikannya.

    Hakim Radin Safiee bin Radin Mas Basiuni memerintahkan tertuduh untuk terus ditahan reman sementara menunggu tarikh sebutan.

    Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Sabrina binti Haji Mahmud.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda