Thursday, October 5, 2023
23.2 C
Brunei

    -

    Teruja menang hadiah cincin berlian

    Oleh Ak Zaki Kasharan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 SEPT – Seorang pelanggan bertuah Boustead Sdn Bhd, pengedar eksklusif kenderaan Nissan di Negara Brunei Darussalam, Low Leng May memenangi sebentuk cincin berlian setelah dipilih sebagai pemenang utama promosi Cabutan Bertuah Nissan Perfect Companion.

    Majlis cabutan dan penyampaian hadiah telah diadakan di bilik pameran Boustead di Beribi, hari ini, di mana tiga pelanggan lain memenangi baucar perjalanan iaitu Awang Musawardi bin Wahid yang membawa pulang baucar bernilai $3,000, diikuti oleh Awang Adib Fakhri @ Abdul Aji Firdaus bin Haji Siadis memenangi baucar bernilai $2,000, dan Lee Chun Leng memenangi baucar bernilai $1,000.

    Bagi pemenang lainnya pula membawa pulang pakej makan malam romantis untuk dua orang bernilai $200 setiap satu. Pemenangnya ialah Hajah Nor Azizah binti Haji Suana, Awang Haziq Zawawi bin Haji Ramli, Awang Muhammad Nur Asyraf bin Ahmad, Awang Muhammad Noor Maswani bin Alikasim, Hajah Naedawati binti Haji Morsidi dan Awang Muhammad Mutazid bin Haji Yussof.

    Acara dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Eksekutif Cawangan di Boustead Sdn Bhd, Shirley Chan sebelum diteruskan dengan permainan bagi menentukan pemenang hadiah utama.

    Low Leng May ketika ditemui media menzahirkan keterujaannya dengan hadiah yang dimenanginya.

    Beliau yang baru sahaja berkahwin pada awal tahun ini cukup gembira kerana memenangi hadiah utama setelah membeli kenderaan Nissan pertamanya iaitu Nissan Navara yang baginya mempunyai prestasi di jalanan yang cukup baik dan bertenaga.

    Low Leng May (kiri) semasa menerima hadiah utama pada majlis yang diadakan di bilik pameran Boustead di Beribi, kelmarin. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Pakistan arah warga Afghanistan tinggalkan negara

    ISLAMABAD, 4 OKT - Ratusan ribu rakyat Afghanistan yang tinggal secara haram di Pakistan telah diberi masa sehingga 1 November untuk meninggalkan negara itu...