Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Teruja saksi majlis perkahwinan diraja

    Oleh Nurdiyanah R.

    TUTONG, 24 JAN – Kesyukuran dan kegembiraan turut dirasai oleh seluruh rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam bagi perkahwinan diraja antara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dengan Yang Amat Mulia Pengiran Suami Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi.

    Pemangku Ketua Kampung Sengkarai Tutong, Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan selaku ketua Kumpulan Penggerak Belia IMPAK Daerah Tutong merakamkan rasa keterujaan dan kesyukuran bahawa beliau dan ahli keluarga yang lain serta seluruh penduduk di negara ini tidak ingin ketinggalan menyaksikan detik-detik peristiwa manis yang amat dinanti-nantikan secara langsung di kaca televisyen mahupun telefon bimbit di kediaman masing-masing.

    “Walaupun saya tidak berada di majlis berkenaan namun ia bukanlah menjadi halangan untuk kita selaku rakyat dan penduduk Brunei dapat merasakan kemeriahan acara-acara penuh gemilang secara langsung di rumah masing-masing.

    “Dengan adanya inisiatif Radio Televisyen Brunei (RTB) untuk membuat secara langsung bagi memudahkan kita menyaksikan Istiadat Persandingan Pengantin Diraja. Sekarang zaman semakin canggih, muat turun aplikasi RTBGo, segalanya berada di hujung jari kita sahaja untuk menyaksikannya,” ujar beliau ketika dihubungi.

    Menurut beliau lagi, dengan ada-nya majlis yang penuh adat istiadat berkenaan, ia mencerminkan bahawa Negara Brunei Darussalam memiliki kekayaan adat dan budaya tersendiri yang sekali gus menggambarkan ia masih diamalkan sehingga kini meskipun dunia meniti arus kemodenan.

    Beliau turut menambah, peluang menyaksikan adat dan budaya sebegini amat berharga kepada seluruh rakyat Brunei khususnya golongan muda agar mereka dapat mengetahui dan memahami secara langsung betapa istimewanya nilai-nilai warisan negara.

    “Di kesempatan ini juga, saya selaku wakil dari Daerah Tutong ingin merafakkan sembah ucapan tahniah ke hadapan mempelai diraja dengan iringan doa agar perkahwinan yang dibina sentiasa dalam rahmat Allah SWT dan berkekalan sehingga ke akhir hayat,” ujar beliau.

    Awang Abdul Aziz bersama ahli keluarga menyaksikan detik-detik peristiwa manis majlis perkahwinan diraja secara langsung melalui kaca televisyen di kediamannya. – Gambar serahan Awang Abdul Aziz
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...