Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Teruja sambut kelahiran anak damit 15 Julai

    Oleh Lyna Mohamad dan Daniel Lim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JULAI – Seramai lapan anak damit lahir di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) untuk Daerah Brunei dan Muara sementara Daerah Belait mencatat dua kelahiran di Hospital Suri Seri Begawan (HSSB) sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ke-76 pada 15 Julai.

    Tanggal 15 Julai sentiasa akan menjadi hari yang tidak dapat dilupakan buat Dayang Siti Musyirah Al-Maheera binti Muhd Musleh dan suami Awang Muhammad Hanif bin Abdullah, kerana beliau merupakan salah seorang ibu yang melahirkan anak pada hari bersejarah sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan Baginda Sultan.

    Dayang Siti Musyirah melahirkan anak lelaki dengan berat 3.4kg pada pukul 10:04 pagi selepas anak damit perempuan pertama kepada Dayang Marhani binti Muhammad Rahimi dan suami Awang Norsamdani bin Bidan lahir pada pukul 3:20 pagi.

    Seperti pada tahun-tahun sebelumnya, satu majlis kesyukuran dan penyampaian hadiah anak damit telah diadakan di Klinik Wanita dan Kanak-kanak Hospital RIPAS kelmarin.

    Hadir pada majlis selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah ialah isteri Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Pengiran Datin Hajah Norzana binti Pengiran Haji Rosli.

    Hajah Siti Raudah Hazimah menyampaikan hadiah kepada salah seorang ibu pada majlis yang berlangsung di Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait.
    Pengiran Hajah Norzana semasa hadir pada majlis kesyukuran yang diadakan di Hospital RIPAS baru-baru ini.
    Ibu bapa bersama anak damit masing-masing bergambar pada majlis yang diadakan di Hospital RIPAS.

    Beliau menyampaikan hadi-ah $100 dalam akaun Simanja bersama Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB), baucar $50 untuk membeli keperluan anak damit, sijil penghargaan dan potret kenang-kenangan ibu bapa dan anak damit masing-masing yang disumbangkan oleh Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-76 bagi tahun 2022.

    Selain itu, TAIB juga menyumbang cenderamata untuk anak damit pada majlis tersebut dan disampaikan oleh isteri Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Pengerusi Lembaga Pengarah TAIB, Datin Hajah Khalsom binti Haji Suhaili.

    Sementara itu, satu majlis yang sama juga diadakan di HSSB yang dihadiri oleh isteri Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kebajikan) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Hajah Siti Raudah Hazimah binti Haji Abdul Wahab, selaku tetamu kehormat.

    Turut hadir ialah Ketua Jabatan Tenaga Manusia dan Pentadbiran TAIB, Dayang Sharifah Ratna binti Haji Syed Abdul, dan isteri Pemangku Pegawai Daerah Belait, Dayang Nor’aziah binti Jalani.Kedatangan mereka dialu-alukan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif HSSB Mohamad Alikhan bin Haji Mohd Yakop.

    Kelahiran pertama yang dicatat di Daerah Belait ialah seorang anak damit lelaki kepada pasangan Dayang Nurul Farhana binti Haji Mahidi dan Awang Haji Mohd Sahli Hazlan bin Haji Sidof, yang lahir pada pukul 6:48 pagi.

    Anak damit kedua lahir pada 12:16 tengah hari kepada pasangan ibu bapa Dayangku Syazwani Nur Afida binti Pengiran Mahmud dan Awang Amirul bin Dato Seri Laila Jasa Haji Ahmad.

    Majlis di HSSB bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin ketua guru agama hospital, Awang Mohd Ali Omar bin Haji Mohd Yusof, disusuli dengan penyampaian hadiah yang disumbangkan oleh Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-76 tahun.

    Di samping itu, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) juga menyumbang cenderamata berupa produk Satu Kampung Satu Produk (1K1P) di kedua-dua majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...