Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Teruja sertai Majlis Ramah Mesra

    Oleh Yusrin Junaidi

    TEMBURONG, 19 JULAI – Keriangan jelas terpancar pada wajah setiap rakyat dan penduduk ketika menantikan keberangkatan raja yang dikasihi ke Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat serta Penduduk Daerah Temburong sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76 bagi Daerah Temburong, hari ini.

    Ratusan murid sekolah-sekolah rendah di daerah berkenaan beratur di sepanjang tepi jalan raya dari kawasan helipad menuju ke kawasan Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan sambil mengibarkan bendera-bendera kecil Negara Brunei Darussalam bagi mengalu-alukan keberangkatan Baginda Sultan serta kerabat diraja.

    Salah seorang guru CfBT untuk Sekolah Rendah Negalang, Fadela Slamdien ketika ditemui melahirkan perasaan gembira kerana dapat membawa para pelajar untuk mengibarkan bendera kecil pada majlis itu.

    Walaupun tahun ini agak berbeza dengan prosedur-prosedur operasi standard yang telah ditetapkan bagi membendung penularan wabak COVID yang masih lagi melanda negara, namun kemeriahan tetap dirasakan seperti tahun-tahun yang sudah.

    Haji Yahya bin Ibrahim berkata, kehadiran jemputan dan orang ramai memang sedikit berkurangan daripada sebelumnya, mungkin kerana penularan wabak COVID, namun kemeriahannya masih terasa dan sambutannya juga sangat meriah.

    Awang Badan ketika ditemu bual oleh media pada majlis ramah mesra bagi Daerah Temburong kelmarin.
    Fadela Slamdien ketika ditemui melahirkan perasaan gembira kerana dapat membawa para pelajar untuk mengibarkan bendera kecil pada majlis itu.
    Dayang Siti Hawa ketika ditemui Media Permata berkata mengetuai persembahan berbentuk teater muzikal merupakan satu kebanggaan bagi beliau.

    Beliau mengambil kesempatan untuk merafakkan doa semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia kekal karar memerintah negara serta sentiasa sihat afiat dan sejahtera agar dapat berterusan menerajui kepimpinan negara dengan penuh rahmat dan inayah.

    Ketua Bahagian Kebudayaan Murut, Awang Badan bin Lasung pula berkata, Persatuan Lun Bawang tidak pernah ketinggalan menyertai majlis ramah mesra dan junjung ziarah bagi Daerah Temburong untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis.

    Menurutnya, penyertaan pada tahun ini ada sedikit perbezaan, di mana persatuan berkenaan mengadakan pameran peralatan dan pakaian tradisi puak Murut untuk dipersembahkan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

    Beliau juga turut merafakkan sembah syukur dan menjunjung kasih atas keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia bercemar duli bagi majlis berkenaan.

    Sementara itu, Pengerusi Bersama Persembahan Khas, Dayang Siti Hawa binti Haji Kamis berkata, penyertaan dalam majlis ramah mesra berkenaan merupakan satu aktiviti wajib bagi beliau sejak 2010 lagi.

    Menurutnya, mengetuai acara persembahan yang berbentuk teater muzikal itu merupakan satu kebanggaan baginya. Beliau juga terlibat dalam menggubah lagu-lagu persembahan setiap tahun sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...