SYDNEY, 10 Mac – Terumbu Sawar Besar Australia mengalami pelunturan batu karang dua tahun kedua-dua berturut-turut yang tidak pernah berlaku sebelum ini, menurut para ahli sains hari ini, dengan memberi amaran kebanyakan spesis akan dalam kepayahan untuk pulih sepenuhnya.
Terumbu sejauh 2,300 kilometer itu mengalami pelunturan paling teruk pernah dicatatkan tahun lalu disebabkan suhu laut panas ketika tempoh Mac dan April.
Pemutihan sekali lagi berlaku, Pihak Berkuasa Taman Marin Terumbu Sawar Besar kerajaan berkata selepas tinjauan melalui udara di perairan timur Australia semalam.
“Sangat disesali, suhu tinggi di Terumbu Sawar Besar musim panas ini juga dan malangnya kami di sini untuk mengesahkan pelunturan batu karang besar-besaran bagi tahun kedua berturut-turut,” pengarah pihak berkuasa pemulihan terumbu David Wachenfeld berkata dalam video Facebook.
“Dan lebih penting lagi, ini adalah kali pertama kami pernah menyaksikan Terumbu Sawar Besar luntur selama dua tahun berturut-turut. Kami telah menyaksikan tekanan panas bermula sejak Disember lalu.”

Agensi itu mengatakan lebih banyak pelunturan sedang diperhatikan di bahagian tengah terumbu, yang tahun lalu terlepas dari pemutihan teruk.
Pelunturan tahun 2016 lebih teruk di kawasan utara tapak bio-diversiti.
Kejadian pelunturan menyeluruh juga bermakna masa tidak mencukupi bagi batu karang-batu karang untuk pulih sepenuhnya, kata Neal Cantin dari Institusi Sains Marin Australia.
“Kita menyaksikan pengurangan daya toleransi tekanan batu karang-batu karang ini,” Cantin menambah kata dalam satu kenyataan.
“Ini adalah kali pertama Terumbu Sawar Besar selama beberapa tahun antara pelunturan tidak dapat pulih.
“Kebanyakan spesis batu karang mudah mengalami pelunturan selepas lebih 12 bulan mengalami suhu cuaca lautan di atas purata.
Pelunturan berlaku apabila keadaan persekitaran yang tidak normal, seperti suhu laut lebih panas, mengakibatkan batu karang-batu karang membuang alga fotosintesis, yang menghilangkan warnanya.
Batu karang-batu karang pulih jika suhu air turun dan alga dapat berkumpul semula. – AFP