Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Terumbu Sawar Besar kembali hidup

    SYDNEY, 4 OGOS – Sebahagian Terumbu Sawar Besar yang diancam pemutihan kini sudah diliputi tahap karang lebih luas pernah dilihat dalam masa beberapa dekad, menurut satu laporan kerajaan hari ini, mencadangkan keajaiban akuatik itu masih boleh hidup jika diberikan peluang.

    Beberapa kawasan tapak warisan UNESCO itu menunjukkan peningkatan mendadak pemulihan terumbu dalam tahun lalu, mencapai tahap yang belum pernah dilihat dalam masa 36 tahun pemantauannya, menurut Institut Sains Marin Australia.

    Para saintis yang menyelia 87 tapak mengatakan bahagian utara dan tengah terumbu itu pulih kembali daripada kerosakan lebih laju berbanding yang dijangkakan, sebahagian besarnya disebabkan Acropora yang cepat tumbuh – terumbu berakar yang menyokong beribu-ribu spesies marin.

    “Keputusan terkini menunjukkan terumbu masih boleh pulih dalam tempoh tanpa gangguan besar-besaran,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sains Marin Australia, Paul Hardisty.

    Namun enggan terlalu awal mengisytiharkan kejayaan, Hardisty memberi amaran bahawa pemulihan itu boleh dengan mudah dijejaskan oleh siklon, pemutihan baharu atau rebakkan tapak Sulaiman mahkota berduri. – AFP

    Gambar dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Marin Terumbu Sawar Besar memperlihatkan seekor penyu berenang di perairan Ribbon Reef No 10 berhampiran Cairns, Australia. Sebahagian kawasan terumbu itu kini menunjukkan pemulihan pada tahap yang belum pernah dilihat sebelum ini, menurut kerajaan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...