Thursday, October 10, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terus bertahan hidup di musim sejuk

    SHANGHAI – Berada di sekitar kawasan metropolis pencakar langit moden China, bandar kejiranan tertua di bandar itu berada dalam kesejukan melalui musim sejuk yang membeku. Mujurlah adanya peraturan lama yang menegah bagi penggunaan pemanasan pusat.

    Di Laoximen, tidak jauh dari tepi sungai Shanghai yang gah, penduduk setempat dan pekerja asing kelihatan berhimpun dan menyelimuti tubuh mereka dengan selimut serta baju tebal di dalam rumah yang telah dibina beberapa dekad yang lalu.

    Untuk menjimatkan tenaga, kerajaan China pada tahun 1950an memutuskan bahawa kawasan yang berada di negara selatan pergunungan Qinling dan sungai Huaihe di utara-tengah China tidak akan mempunyai pemanasan pusat yang diberikan oleh negeri tersebut.

    Shanghai terletak di zon selatan yang mana suhu purata pada musim sejuknya adalah dalam sekitar empat darjah pada waktu malam dan 12 darjah pada siang hari.

    Dan di kawasan kejiranan berpendapatan rendah seperti Laoximen, penduduk adalah terlalu miskin untuk menggunakan pemanas elektrik.

    Dua orang wanita menggunakan alat pemanas elektrik agar mereka kekal hangat sambil menonton televisyen di rumah mereka di Laoximen, kawasan kejiranan tertua di bandar raya Shanghai. – AFP
    Bao Shanchun membawa selimut di luar rumahnya di Laoximen. – AFP
    He Mincai memasak di dalam rumahnya di Laoximen, salah sebuah kejiranan tertua di bandar raya Shanghai. – AFP

    Kebanyakan daripada mereka memiliki penghawa dingin yang juga boleh berfungsi sebagai peranti pemanasan, tetapi kebanyakkanya tidak digunakan pada musim sejuk kerana penduduk tidak mampu untuk membayar bil elektrik yang boleh mencapai sehingga 100 yuan sebulan (AS$15) atau lebih.

    Kawasan itu pernah dijadikan sebagai pusat kebudayaan di bandar itu. Berada di sekitar kuil Confucian, bangunan kayu yang kebanyakannya mempunyai dua dan tiga tingkat, masih utuh di tengah-tengah daerah komersial Shanghai sehingga ke hari ini.

    Di dalam kawasan kejiranan ini, pekerja asing boleh menyewa rumah tersebut dengan hanya 1,000 yuan (AS$150) sebulan.

    Bagi Zhang Dongjun, seorang penyapu jalanan berusia 57 tahun, alat pemanas adalah terlalu mewah dan padat untuk dimuatkan dalam bilik persendiriannya itu: sebuah katil bertingkat sudah memenuhi ruang biliknya. Dia menggunakan selimut elektrik untuk memanaskan dirinya pada waktu malam.

    Seorang wanita berusia 70an, Yin, mengadu tentang kurangnya sistem pemanasan yang lebih berpatutan.

    Cuaca sejuk membuatkan kakinya terasa sakit, kata Yin sambil menambah bahawa dia telah menghabiskan sebahagian besar wang persaraannya untuk kos penjagaan kesihatan.

    “Pemanas menggunakan elektrik dan kami tidak akan menghidupkannya kecuali ketika rakan atau kaum keluarga melawat kami,” katanya.

    “Kebanyakan masa, kami hanya menggunakan beg air panas untuk menghangatkan tangan kami.”

    Bao Shanchun, yang mengumpul barang-barang antik dari rumah-rumah lama yang telah dirobohkan di sekitar Shanghai, berkongsi alat pemanas bersama dengan lelaki lainnya di ruangan yang hanya seluas 10 meter persegi. Tetapi ia tidak akan dihidupkan walaupun ketika waktu malam.

    “Saya sangat gembira di sini untuk memperolehi satu atau dua ratus yuan sehari. Memperolehi duit setiap hari membuatkan saya gembira,” kata Bao, yang datang ke Shanghai 15 tahun lalu dari wilayah berdekatan Jiangsu kerana dia menyangka bahawa ‘emas berada di mana-mana sahaja’ di bandar ini.

    “Saya akan pulang ke kampung halaman saya ketika saya berusia 70 tahun,” kata Bao, yang kini berusia 64 tahun.

    “Saya mempunyai rumah besar di sana.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda