Thursday, April 24, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terus berusaha capai kejayaan

    Oleh Pg Fairol RMF

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Okt – Seramai 106 orang pelajar Darjah 6 sesi 2017 Sekolah Ugama (SU) Beribi, Gadong telah menerima Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (SSSRU) pada majlis yang berlangsung di sekolah tersebut, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pegawai Pengajian Islam Kawasan Brunei III, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Awang Muhammad Fauzi bin Haji Zaini.

    Murid-murid yang diraikan terdiri daripada 64 orang murid lelaki dan 42 orang murid perempuan sesi pagi dan petang.

    Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh wakil murid yang diraikan iaitu Awang Azim Khan bin Othmawee.

    Antara tujuan majlis diadakan adalah sebagai satu penghargaan bagi pelajar-pelajar yang telah berjaya menamatkan pembelajaran dan lulus dalam peperiksaan SSSRU Darjah 6.

    Antara pelajar yang menerima sijil yang disampaikan oleh Awang Muhammad Fauzi.

    Di samping itu juga bagi memupuk semangat masyarakat khususnya para ibu bapa dan murid untuk sentiasa berusaha gigih bagi memupuk semangat masyarakat khususnya para ibu bapa dan murid-murid untuk sentiasa berusaha gigih bagi mendapatkan kejayaan yang cemerlang.

    Majlis juga menyaksikan penyampaian anugerah pelajar cemerlang, pelajar contoh dan pelajar harapan kepada pelajar-pelajar sebagai satu motivasi kepada pelajar-pelajar bagi meneruskan pengajian sehingga ke menara gading.

    Guru Besar SU Beribi, Pengiran Hajah Aminah binti Pengiran Haji Bakar semasa berucap berkata, majlis berkenaan diadakan bagi memberikan penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah lulus dalam peperiksaan SSSRU bagi menyuntik semangat kepada pelajar-pelajar yang telah berusaha bersungguh-sungguh bagi peperiksaan SSSRU sehingga berjaya mencapai keputusan cemerlang.

    Dengan kejayaan dan ilmu yang diperolehi, beliau berharap akan dijadikan sebagai dorongan oleh pelajar-pelajar untuk terus mendalami ilmu agama sampai bila-bila.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda