Saturday, February 4, 2023
23.6 C
Brunei

-

Terus jaga kesihatan, beriadah dengan selamat

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OGOS – Walaupun negara kini bergelut menangani gelombang baharu jangkitan COVID-19, rakyat dan penduduk negara ini dinasihatkan kekal cergas bagi memerangi pandemik, dengan kerajaan masih membenarkan aktiviti sukan dan senaman tanpa berkumpulan seperti jogging dan mendaki bukit.

Perkara itu ditekankan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar pada sidang media jangkitan COVID-19 di Dewan Al-Afiah, Kementerian Kesihatan baru-baru ini.

Sehubungan itu, wartawan Media Permata berkunjung ke salah sebuah kawasan riadah terkenal di ibu negara, Tasek Lama dan mendapati tidak ramai pendaki berada di sana, hanya kelihatan beberapa orang yang bersenam.

Sebahagian mereka dilihat menggunakan penutup mulut dan hidung ketika mendaki bukit, namun beberapa lagi tidak menggunakannya.

Ditanya mengenai penggunaannya meskipun sudah dimaklumkan semasa bersenam tidak perlu memakai penutup mulut dan hidung, beberapa orang daripada mereka mengatakan, mereka agak khuatir dengan keadaan semasa.

Kawasan riadah Tasek Lama yang lenggang ketika tinjauan semalam.

Namun mereka tetap ingin bersenam agar tahap kesihatan mereka sentiasa terjaga.

Salah seorang yang ditemui, Awang Wandy Ruduandy mengatakan, penggunaan penutup mulut dan hidung ketika beriadah sememangnya tidak digalakkan kecuali ia dipantau oleh pakar kesihatan jasmani.

Ini kerana ia mengganggu sistem pernafasan dan oksigen yang masuk ke organ tubuh badan.

Jika badan kekurangan oksigen ketika beriadah, ia boleh mengakibatkan perkara tidak diingini berlaku seperti pengsan dan sebagainya, tambahnya.

Namun jika seseorang selesa menggunakannya ketika bersukan, pada masa penularan pandemik, ia mungkin sedikit sebanyak membantu menghindari virus.

Walau bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal, memastikan kebersihan, memakai penutup mulut dan hidung ketika perlu dan elakkan berada di tempat terlalu ramai orang, tidak bersalaman dan pulang ke rumah selepas bersukan mestilah terus membersihkan diri sebelum bersama ahli keluarga lain.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bekas Menteri dijatuhi hukuman penjara 2 tahun

SEOUL, KOREA SELATAN, 3 FEB - Mahkamah Korea Selatan hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada bekas Menteri Kehakiman, Cho Kuk, selepas dia...
- Advertisment -