AMMAN, Jordan, 14 Jan – Jerman akan terus menyertai usaha dalam memerangi kumpulan IS, meskipun selepas para pelampau itu kehilangan banyak wilayah mereka, menurut menteri pertahanan Jerman ketika beliau melawat pasukan tentera Jerman di pangkalan udara Jordan, semalam.
Kontinjen Jerman yang berpangkalan di pangkalan udara Azraq sejak Oktober lalu di utara Jordan di mana dari situ pesawat udara Jerman telah menjalankan penerbangan bagi pengintipan dan membuat pengisian minyak sebagai sebahagian daripada kempen ketenteraan antarabangsa terhadap IS.
Jordan yang bersempadan dengan bekas kubu kuat IS di negara jiran Syria dan Iraq telah menjadi sekutu utama dalam kempen yang diketuai AS.
Beberapa bulan kebelakangan, kumpulan Islamic State telah kehilangan banyak wilayah di Syria dan Iraq, yang menimbulkan persoalan tentang skop akan datang misi anti IS.
Menteri Pertahanan Jerman Ursula von der Leyen berkata semalam bahawa usaha memerangi militan akan diteruskan, sebahagiannya untuk memastikan mereka tidak berakar umbi di kedudukan belakang.

Masyarakat antarabangsa berdepan dengan cabaran yang berterusan, termasuklah menstabilkan rantau itu dalam jangka masa panjang, menurut menteri itu yang diiringi oleh sekumpulan ahli parlimen Jerman. “Adalah penting bagi saya bahawa Jerman memberi jaminan bahawa kami boleh dipercayai.” katanya lagi.
Sebanyak empat buah pesawat peninjau Jerman dan pengisian minyak dari Azraq, dengan purata 280 anggota tentera Jerman berpangkalan di situ.
Kontinjen itu pada awalnya ditempatkan di Turki, tetapi berpindah ke Jordan selepas Turki berulang kali menghalang anggota parlimen Jerman dari melawat pasukan tentera. – AP