BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Jun – Bulan Ramadan bakal berlalu dalam masa beberapa hari sahaja lagi, namun majlis-majlis keagamaan seperti khatam Al-Quran terus giat dilaksanakan oleh pelbagai pihak di negara ini bagi meraih ganjaran pahala yang berlipat kali ganda serta menyemarakkan lagi bulan suci ini.
Turut mengadakan majlis seumpamanya ialah Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC) dan Pusat Pakar Pantai Jerudong (PJSC) yang bersama-sama menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran dan Sungkai di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Jerdong, kelmarin.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)