Friday, January 17, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terus tingkat hubungan, kepercayaan masyarakat

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 24 Jun – Program Pendekatan Pengawasan Kejiranan (PK) terus giat dilaksanakan di samping menambahkan kepercayaan masyarakat khususnya rakyat dan penduduk tetap di negara ini serta meningkatkan hubungan mesra terhadap Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB).

    Sehubungan dengan itu, Daerah Polis Tutong tidak melepaskan peluang untuk mengadakan kunjungan Hari Raya ke kediaman penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung di Daerah Tutong.

    Kunjungan tersebut diketuai oleh Pegawai Pemerintah Daerah Polis Tutong, Penguasa Polis Suhairi bin Haji Syukri, dengan disertai ialah Pemangku Ketua Unit Perhubungan Awam selaku Urusetia Pengawasan Kejiranan, Ketua Inspektor Polis Kifli bin Haji Mohd Daud bersama-sama 15 anggota polis.

    Rombongan Daerah Polis Tutong ketika mengadakan kunjungan ke rumah Yang Berhormat Haji Ramli, Kampung Telisai.

    Rombongan Daerah Polis Tutong telah mengadakan kunjungan ke rumah Penghulu Mukim Pekan Tutong, Haji Mumin bin Abdul Razak dan seterusnya berkunjung ke rumah Pemangku Ketua Kampung Danau, Haji Abdullah bin Tahir, Ketua Kampung Telisai, Haji Maidin bin Haji Abdul Wahit @ Wahid dan ke rumah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Ramli bin Haji Lahit selaku penghulu Mukim Telisai.

    Pada sebelah petang pula, kunjungan dimulakan di rumah Ketua Kampung Lamunin, Mejar (B) Said bin Haji Tinggal, diikuti ke rumah Penghulu Mukim Kiudang, Haji Abdul Rahim bin Abdullah Yakin dan Ketua Kampung Birau, Haji Burhanuddin bin Haji Hashim.

    Dengan adanya usaha kunjung-mengunjungi ini, akan dapat membantu meningkatkan lagi kemesraan dan kepercayaan masyarakat terhadap PPDB serta menjadi langkah untuk menyatupadukan penduduk-penduduk kampung khasnya dan rakyat Negara Brunei Darussalam amnya dalam proses pembentukan negara yang aman dan harmoni.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda