Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Terzic puji persembahan Hummels

    DORTMUND, JERMAN, 26 OKT – Jurulatih Borussia Dortmund, Edin Terzic memuji pertahanan, Mats Hummels yang berjaya mengekang bekas rakan sepasukan, Erling Haaland selepas kelab Jerman itu seri 0-0 berdepan Manchester City seterusnya layak ke kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara.

    Dortmund menempah tiket ke pusingan kalah mati dengan mata berharga dan penalti babak kedua Riyad Mahrez diselamatkan Gregor Kobel.

    “Mats Hummels menakjubkan,” kata Terzic selepas pertahanan tengah itu beberapa kali berjaya mengekang Haaland.

    Haaland dikeluarkan selepas babak pertama dengan jurulatih Pep Guardiola berkata ia disebabkan ‘pelanggaran’.

    Sepakan penalti diselamatkan Kobel menjadi sesuatu yang penting dalam babak kedua ketika Dortmund layak dan City menjuarai Kumpulan G.

    “Kami bertahan dengan konsisten dan bagus hingga penamat,” kata Terzic.

    “Kami hanya membenarkan beberapa peluang untuk menjaringkan gol, kami bertuah Gregor Kobel bertugas untuk menyekat penalti itu.

    “Ia persembahan berpasukan yang sangat bagus. Ia berlaku dalam semua lima perlawanan Liga Juara-Juara, jadi kami berhak layak ke pusingan kalah mati.” – AFP

    Aksi Mats Hummels menghalang tendangan Erling Haaland semasa dalam perlawanan bola sepak antara Borussia Dortmund dan Manchester City di Dortmund, Jerman. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...