Tesco bakal jual cawangannya

LONDON, 9 DIS – Rantaian pasar raya Tesco, peruncit terbesar Britain, berkata hari ini ia sedang menimbang untuk menjual perniagaannya di Thailand dan Malaysia.

“Tesco mengesahkan berikutan minat dalaman tentang permintaan yang ada, mereka akan memulakan kajian semula tentang opsyen strategi untuk perniagaannya di Thailand dan Malaysia, termasuklah satu penilaian untuk menjual perniagaan berkenaan,” kata syarikat tersebut dalam kenyataan ringkas kepada Bursa Saham London. “Penilaian opsyen strategik ini masih dalam peringkat awal, masih belum ada keputusan diambil mengenai masa hadapan Tesco yang berpangkalan di Thailand dan Malaysia, dan kami juga tidak ada jaminan tentang apa-apa transaksi yang akan dibuat,” tambahnya lagi. Ia berlaku tatkala ketua eksekutif Dave Lewis bersedia untuk bersara pada 2020, selepas menyelia pembaharuan di Tesco selama lima tahun beliau menerajui syarikat tersebut, mengurang beribu-ribu pekerja sebagai sebahagian langkah pemotongan kos besar-besaran. –AFP