Tesco catat jualan lemah

LONDON, 13 JUN – Peruncit terbesar Britain Tesco hari ini mencatat jualan tidak memberangsangkan untuk suku pertama tahun kewangannya, memetik sentimen pengguna lemah dalam pasaran negara asalnya.

Jualan meningkat 0.4 peratus kepada 14 bilion pound dalam tiga bulan sehingga 25 Mei berbanding setahun sebelumnya, kata Tesco dalam satu pengemaskinian perniagaan.

Di Britain, jualan merosot 0.4 peratus dalam suku pertama tetapi meningkat 0.4 peratus – yang menghapus kesan ruang tingkat baharu.

Tempoh yang sama untuk tahun kewangan syarikat sebelumnya telah dirangsang oleh perkahwinan diraja dan keadaan cuaca yang panas.

Bagaimanapun, cuaca yang tidak tetap baru-baru ini telah menjejaskan jualan produk bermusim, seperti pakaian, menurut Tesco.

“Timbulnya beberapa kelemahan dalam sentimen pengguna di United Kingdom,” kata ketua eksekutif Dave Lewis.

“Ia berpunca sebahagiannya daripada situasi politik,” tambah beliau merujuk kepada ketidakpastian Brexit yang berlarutan. – AFP