Tesco jual perniagaan di Thailand, Malaysia

LONDON, 9 MAC – Peruncit terbesar Britain, Tesco hari ini mengatakan ia bersetuju untuk menjual perniagaannya di Thailand dan Malaysia kepada konglomerat Thai, CP Group dengan harga 8 bilion pound (AS$10.4 bilion)

“Susulan minat dalaman dan kajian strategik terperinci dalam semua pilihan, kami mengumumkan hari ini pertimbangan jualan Tesco Thailand dan Tesco Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Dave Lewis yang akan meletak jawatan dalam satu kenyataan, menambah rangkaian pasar raya itu akan memberikan pulangan 5 bilion pound pemerolehan jualan kepada pelabur.

“Jualan ini akan melepaskan nilai material dan membolehkan kami untuk mempermudah lagi serta memfokuskan ke atas perniagaan dan juga mengembalikan nilai signifikan kepada pemegang saham.

Tesco menambah bahawa penjualan juga akan mengurangkan hutang dan memperkemas kumpulan itu, membolehkan satu ‘tumpuan lebih kukuh’ ke atas kegiatannya di UK, Ireland dan tengah Eropah. – AFP

Gambar fail logo Tesco Lotus di cawangan Bangkok, Thailand. Peruncit terbesar Britain, Tesco hari ini bersetuju menjual perniagaannya di Thailand dan Malaysia kepada konglomerat CP Group. – AP