LONDON, 4 Okt – Peruncit terbesar Britain, Tesco, hari ini berkata ia kembali meraih keuntungan pada separuh pertama tatkala ia mengecilkan inflasi harga makanan.
Keuntungan bersih berjaya diraih sebanyak £637 juta (AS$846 juta, 719 juta euro) dalam tempoh enam bulan hingga akhir Ogos, kata Tesco dalam satu kenyataan.
Perbandingan tersebut berbeza dengan kerugian selepas cukai sebanyak £91 juta pada separuh pertama tahun kewangan 2015/16.
“Kami akan terus membuat kemajuan dan perkembangan yang semakin ku-kuh,” kata ketua eksekutif Dave Lewis mengenai pemulihan, tatkala kumpulan itu juga mengumumkan ia akan meneruskan pembayaran dividen kepada para pemegang saham. – AFP
