Thursday, December 7, 2023
27.5 C
Brunei

    -

    Tesla berdepan bantahan di Sweden

    STOCKHOLM, 14 NOV – Tekanan semakin meningkat ke atas Tesla di Sweden, di mana sebuah kesatuan sekerja menuntut agar pembuat kenderaan yang berpangkalan di Texas menandatangani perjanjian tawar-menawar kolektif, yang dilakukan oleh kebanyakan pekerja di negara Skandinavia.

    Tesla tidak mempunyai kilang pembuatan di Sweden, tetapi 130 orang ahli kesatuan pekerja logam yang berkuasa, IF Metall mengadakan bantahan pada 27 Oktober lalu di tujuh bengkel di seluruh negara di mana kereta elektrik popularnya diservis.

    Kesatuan sekerja lain bergabung dalam perpaduan itu, termasuk pekerja dok di empat buah pelabuhan terbesar di Sweden yang memutuskan hari ini untuk menghentikan penghantaran kenderaan Tesla untuk meningkatkan tekanan pada pembuat kenderaan untuk menerima tuntutan pekerja logam.

    Pada Jumaat, Kesatuan Pengecat berkata 53 buah syarikat pengecat tidak akan melakukan apa-apa kerja pada kenderaan Tesla yang bersimpati dengan IF Metall. Sekiranya tidak ada perjanjian dengan Tesla pada hari ini, “Sejumlah 109 syarikat boleh dihalang daripada mengendalikan dan mengecat kereta Tesla,” katanya dalam satu kenyataan.- AP

    Kereta Tesla diatur di tempat letak kereta di kilang syarikat itu di Fremont, California.- AP

     

     

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Rekrut warga Nepal dalam tentera Rusia, 12 ditahan

    KATHMANDU, 6 DIS – Polis Nepal mengumumkan hari ini mereka telah menahan 12 orang yang dituduh menghantar lelaki muda Nepal secara haram untuk direkrut...