Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tesla catat keuntungan ‘bersejarah’

    SAN FRANCISCO, 25 Okt – Pembuat kereta elektrik Tesla semalam mengeluarkan laporan suku keuntungan yang ‘bersejarah’ didorong oleh permintaan bagi Model 3 yang memberangsangkan.

    Tesla berkata pendapatan bersihnya mencapai AS$311.5 juta pada hasil yang lebih daripada dua kali ganda kepada AS$6.8 bilion pada suku yang berakhir pada 30 September lalu.

    Saham syarikat melonjak 12 peratus kepada AS$323.25 dalam perdagangan selepas pasaran yang menyusul pelepasan angka pendapatan bagi suku ketiga fiskalnya.

    Bagi tempoh yang sama tahun lalu syarikat itu melaporkan kerugian AS$619 juta.

    “Q3 2018 adalah suku yang benar-benar bersejarah bagi Tesla,” kata pengasas dan ketua eksekutif syarikat itu, Elon Musk dalam satu surat kepada para pemegang saham.

    Gambar fail pada 8 Ogos 2018 menunjukkan logo Tesla diletakkan di luar bangunan bilik pameran kereta itu di Washington, DC. – AFP

    “Model 3 adalah kereta laris di Amerika Syarikat (AS) dari segi pendapatan dan kereta laris ke-5 dari segi jumlah.”

    Barisan pemasangan Tesla menghasilkan purata 4,300 kereta mingguan pada suku tersebut, hampir mencapai matlamat yang ditetapkan oleh Musk.

    Tesla juga meningkatkan kecekapan, meningkatkan margin kasar pada kenderaan Model 3 kepada lebih daripada 20 peratus, menurut Musk.

    Dia menyatakan keyakinan bahawa Tesla akan menguntungkan sekali lagi pada suku ini.

    “Model 3 menarik para pelanggan kedua-dua jenama, premium dan bukan premium, menjadikannya produk arus perdana yang sebenarnya,” kata Musk, sambil menambah bahawa ‘profil pendapatan syarikat telah berubah secara dramatik’.

    Saham Tesla mendapat doro-ngan pada awal minggu ini apabila seorang penjual saham berprofil tinggi mengatakan pembuat kereta elektrik itu ‘memusnahkan persaingannya’.

    Sementara itu, Citron Research mengeluarkan nota kepada para pelabur yang menggariskan sebab-sebab yang difikirkan langkah pintar adalah memiliki saham Tesla sendiri.

    “Tesla nampaknya merupakan satu-satunya syarikat yang boleh menghasilkan dan menjual kereta elektrik,” kata kenyataan itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda