Tesla digesa tarik balik lebih 150,000 kereta

WASHINGTON, 14 JAN – Pengawal atur Amerika Syarikat (AS) menggesa Tesla kelmarin untuk menarik balik 158,000 kereta di AS disebabkan kerosakan berkaitan keselamatan.

Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh raya Kebangsaan berkata dalam satu surat kepada Tesla bahawa masalah merangkumi skrin paparan kereta dan kegagalan fungsi kenderaan berhubung keselamatan lain dan ketiadaan kamera pandang belakang yang berkaitan.

Agensi berkata kerosakan itu telah ditemui sekitar 2012 hingga 2018 dalam kereta Tesla Model S dan 2016 hingga 2018 Model Xs.

Penyiasat keselamatan telah ‘menyimpulkan kegagalan unit kawalan media (MCU) membentuk kerosakan berkaitan keselamatan motor kenderaan,” menurut surat terbabit.

Dalam kenderaan, kerosakan unit kawalan media (MCU) boleh menyebabkan skrin sesentuh kereta kosong tidak menunjukkan apa-apa, ada ketikanya ‘imej kamera pandang belakang tidak lagi dapat diakses oleh pemandu. Jika imej ini tidak berfungsi, risiko kemalangan meningkat dan berpotensi menyebabkan kecederaan atau kematian’.

Kegagalan MCU boleh mencegah penggunaan penyahkaburan cermin kenderaan dan sistem penyahfros, menjejaskan sistem autopilot dan kefungsian signal ‘disebabkan oleh ketiadaan bunyi, deria pemandu dan amaran yang berkaitan dengan fungsi kenderaan-kenderaan ini.” – AFP