Tesla firma kereta terkaya dunia

NEW YORK, 2 JULAI – Tesla mengatur tindakan cemerlang terbaharu semalam, menjadi syarikat kereta terkaya di dunia sementara dua firma lama Detroit, General Motors dan Fiat Chrysler, melaporkan jualan kereta lembap di tengah pandemik koronavirus.

Dipimpin oleh Elon Musk, Tesla telah melihat turun naik pasaran namun sahamnya telah meningkat sejak akhir 2019 tatkala ia memenuhi sasaran pengeluaran untuk kereta Model 3, dengan pengeluar kereta itu mengatasi Toyota Jepun dalam nilai pasaran.

Syarikat itu masih menjual sebahagian kecil kereta ‘Tiga Firma Besar’, namun ia telah menarik perhatian pelabur sebagai pertaruhan untuk masa depan di bawah kepimpinan Musk, yang telah mencabar pandangan konvensional sementara juga berusaha memindah industri kepada kereta elektrik.

Jualan adalah lebih rendah di dua daripada tiga firma besar Detroit sebahagiannya disebabkan pandemik koronavirus, yang menjejas permintaan kereta pada suku itu dan mendorong penutupan pengeluaran kereta AS selama hampir dua bulan.

GM dan FCA memberikan petunjuk mengenai peningkatan trend jualan pada suku, walaupun GM juga berkata pertambahan baru-baru ini dalam kes koronavirus AS menambah kepada ketidakpastian tersebut.

Penganalisis di Cox Automotive mengingatkan tentang kemungkinan berlakunya ‘musim panas yang teruk’ untuk jualan kereta dengan Amerika Syarikat berusaha mengawal wabak koronavirus dan pengeluar kereta bergelut untuk menambah inventori. – AFP

Gambar fail menunjukkan Elon Musk bercakap semasa Satelit 2020 di Pusat Konvensyen Washington pada 9 Mac 2020 di Washington. Tesla menjadi syarikat kereta paling berharga di dunia berdasarkan nilai pasaran pada AS$207.2 bilion. – AFP