Tesla hapuskan sistem permainan video dalam kereta

WASHINGTON, 24 DIS – Pembuat kereta elektronik, Tesla telah mengemaskinikan perisian kenderaan mereka untuk menghalang pemandu daripada bermain permainan video pada konsol semasa kereta bergerak, kata Pengawal Keselamatan Lalu lintas hari ini.

“Susulan daripada pembukaan penilaian awal Tesla, ‘Passenger Play’, Tesla mengumumkan kepada agensi bahawa mereka akan menukar fungsi ciri ini,” menurut kenyataan jurucakap Pentadbiran Keselamatan Lalu lintas Lebuh raya Negara menerusi e-mel kepada AFP.

“Dalam kemas kini perisian, ‘Passenger Play’ sekarang telah dikunci dan tidak dapat digunakan apabila kenderaan sedang bergerak.”

Agensi mengumumkan bahawa mereka telah melancarkan siasatan terhadap 580,000 buah kereta Tesla selepas pembuat kereta itu mengambil keputusan untuk membenarkan pemandu bermain pada skrin sentuh di sistem hiburan semasa kereta bergerak.

Model yang terlibat dengan pengemaskinian itu adalah Model 3, S, X dan Y.

Pilihan untuk menggunakan Passenger Play di skrin tayang semasa memandu membuat perhatian mereka terganggu dan meningkatkan risiko kemalangan, ujar NHTSA.– AFP

Tesla telah mengemaskinikan perincian hiburan dalam kereta mereka bagi mencegah pemandu dari bermain permainan video semasa kereta bergerak. – AFP