Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Tesla lapor keuntungan AS$3.3 bilion

    NEW YORK, 21 APRIL – Tesla melaporkan satu lagi suku keuntungan semalam disebabkan kenderaan lebih mahal dan berkata pelan pengeluaran tahun 2022 berada di landasan tepat meski-pun berdepan masalah rantaian bekalan berterusan dan kesan daripada langkah perintah berkurung COVID di China baru-baru ini.

    Syarikat kenderaan elektrik milik Elon Musk mencatat rekod baharu dalam keuntungan suku sebanyak AS$3.3 bilion berikutan pelancaran kilang baharu di Jerman dan negeri Texas di Amerika Syarikat yang telah memulakan penghantaran komersial.

    Sekatan yang berdepan syarikat termasuk peningkatan kos bahan mentah serta penutupan seminggu di kilang Shanghai susulan sekatan COVID terbaharu oleh kerajaan China.

    “Kilang kami sendiri telah pun beroperasi di bawah kapasiti untuk beberapa suku ketika rantaian bekalan menjadi faktor penghalang, yang mungkin berterusan sehingga akhir 2022,” kata Tesla dalam penyata pendapatannya.

    Namun Musk berkata ‘kemungkinan besar’ syarikat akan mengeluarkan le-bih satu setengah juta kenderaan pada 2022, yang akan melebihi sasaran jangka panjang syarikat sebanyak sekurang-kurangnya 50 peratus daripada pertumbuhan pengeluaran.

    “Kami mencatat perkembangan amat pesat tahun demi tahun dan tetap yakin mampu mencatat pertumbuhan lebih 50 peratus pada masa depan,” kata Musk pada persidangan video bersama pelabur dan penganalisis. “Masa depan nampak amat menarik.” – AFP

    Gambar fail menunjukkan logo syarikat pada kenderaan Model X di bilik pameran Tesla di Littleton, Colorado. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...