NEW YORK, 11 April – Tesla Motors memintas General Motors (GM) untuk menjadi pengeluar kereta AS terbesar berdasarkan pemodalan pasaran semalam, satu petunjuk bagaimana Silicon Valley berjaya menarik minat pelabur dengan menjejaskan Detroit.
Saham tesla meningkat 3.0 peratus kepada AS$311.74 pada kira-kira 1720 GMT, untuk pemodalan pasaran sebanyak AS$51.43 bilion, lebih AS$1 bilion melebihi GM, syarikat berusia 109 tahun yang menjual hampir 120 kali lebih banyak kereta daripada Tesla pada tahun lalu.
Kenaikan harga saham terbaru Tesla menyusuli satu peningkatan oleh Piper Jaffray, yang menetapkan sasaran AS$368 ke atas saham dan menggambarkan tarikan pengeluar kereta elektrik itu di Wall Street.
“Berbanding mana-mana saham lain, Tesla melahirkan sikap optimistik, kebebasan, cabaran, dan pelbagai emosi lain yang pada pendapat kami, tidak dapat ditiru oleh syarikat lain,” kata Piper Jaffray dalam satu laporan yang memindahkan Tesla kepada ‘terlampau berat’ dalam cadangan mereka.

“Tatkala mereka bergegas untuk menyaingi, kami fikir pesaing Tesla hanya membuat diri mereka kelihatan lebih terdesak,” kata laporan.
Kebangkitan Tesla mencerminkan kepercayaan yang lebih luas dalam pasaran bahawa syarikat Silicon Valley itu melambangkan industri masa depan dan mempunyai cengkaman yang lebih kukuh berbanding pelabur tradisional mengenai teknologi yang akan menyuntik ciri-ciri lebih berautonomi dalam pemanduan.
Ia berlaku meskipun kesedaran bahawa Tesla masih merupakan pelabur kecil apabila membabitkan jumlah kenderaan yang ada di jalan raya Amerika, dan kesangsian mengenai keupayaan syarikat California itu untuk memenuhi jadual masa yang telah ditetapkan untuk mengeluarkan kereta elektrik. – AFP